Wednesday, June 24, 2009

Majlis Perkahwinan Adik Perempuan Bongsu

Pada hari Ahad lepas (22hb Jun 2009), majlis perkahwinan adik perempuan bongsu saya, Nor Farhana binti Jamil dan pasangannya Mohd Azharuddin telah selamat diadakan di rumah emak di Seksyen 20 Shah Alam.

Majlis bermula seawal pukul 10.00 pagi dengan Majlis Khatam Quran dan seterusnya makan tengahari sehingga pukul 4.00 ptg dihadiri lebih seribu tetamu. Sampai tak cukup tangan melayan tetamu yang hadir.

Ketika rombongan pihak lelaki sampai lebih kurang pukul 2.00 ptg, makanan dah nak dekat habis. Kelam kabut jugaklah buat plan kontigensi. Lekas-lekas order lauk dan nasi dari restoran yang berdekatan untuk tampung lauk-pauk dan nasi yang dah nak dekat habis tu.

Alhamdulillah, walaupun agak terkejut jugak dengan TRAGEDI SEMENTARA iaitu tak cukup makanan, ianya dapat diatasi dengan baik dan segalanya CUKUP pada akhirnya. Semua tetamu dapat menjamah hidangan yang ada dengan baik walaupun terdapat beberapa lauk telah habis bagi tetamu yang datang agak lewat.

Monday, June 15, 2009

Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LZS 2008



Malam Sabtu lepas (12 hb Jun 2009), telah berlangsung malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LZS 2008 di Hotel Concorde Shah Alam.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang majlis berlangsung dan kebanyakkan rakan dapat hadir pada malam tersebut.

Majlis yang bermula tepat pukul 8.30 malam itu berakhir kira-kira pukul 10.30 malam dengan menyaksikan pelbagai aturcara sampingan seperti nasyid, persembahan multimedia (kenangan 15 tahun LZS(MAIS)dan Jasamu Dikenang.

Sebanyak 25 kategori anugerah telah disampaikan oleh VVIP yang hadir kepada kakitangan yang mendapat penghargaan dan anugerah cemerlang 2008.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah dan semoga penganugerahan ini menjadi momentum kemajuan dalam kerjaya masing-masing pada masa akan datang dan menjadi tauladan kepada rakan-rakan yang lain.

Wednesday, June 3, 2009

Coretan Ringkas



Semalam tak datang kerja sebab anak saya (Angah) sakit perut. Malam Rabu dia mengadu sakit perut dan tak mahu makan. Lepas Isyak terus hantar ke Klinik.


Doktor periksa, rupanya perutnya kembung. Dah banyak masuk angin. Mungkin sebab dia tak makan secara teratur kot. Itu kata doktorlah. Doktor terus bagi dia makan ubat kembung kat situ juga. Doktor suruh dia rehat malam nie.


Esoknya (Hari Rabu) pagi-pagi lagi dah kena bagi makan ubat kembung, sbb doktor kata suruh dia rehat. Lepas makan terus tidur. Lama jugalah sampai saya pun ikut serta. (he...he..he..).


Itu sebab tak dapat datang kerja semalam. Terpaksa ambil EL dengan wife sekali tak dapat kerja semalam.


Hari nie pula, my baby (Haikal) awal pagi (4 pagi) dah bangun sebab dia batuk. Kemudian terus muntah kat atas katil. Berjaga pagilah hari nie. My wife cuci cadar katil dan saya tidurkan my baby selepas bagi dia makan ubat batuk . Dah dekat Subuh baru dia nak tidur. Kesian dia tapi badannya tak panas cuma batuk ajer.


Harap-harap dia sihatlah sebab semasa bagi pengasuh pagi tadi sebelum keluar ke tempat kerja terpaksa kejutkannya sebab nak tukar baju dan bagi dia minum susu.

Tuesday, June 2, 2009

Keluarga Saya


Ini adalah gambar keluarga tersayang saya.

Yang sulung tu.. (Along) namanya Muhammad Isma Hakimi berusia 6 Tahun. Baru lahir 4 hari dah jadi umur setahun (Maklumlah lahir pada 27 Disember).

Yang nombor 2 tu,(Angah) namanya Muhammad Isma Haziq.Berusia 4 Tahun dan lahir pada 10hb Jun 2005.

Manakala yang kecil sekali namanya Muhammad Isma Haikal berusia 11 Bulan (Lahir pada 6hb Julai 2008).

Dan yang teristimewa, tak lain dan tak bukan MySweetheart (My Wife). Namanya Sarimah Bte Hj Musa. Special for me and Forever...

Hari Pertama Menulis

Hari nie merupakan hari pertama saya belajar masuk blog. Banyak benda lagi yang saya tak tahu. Tapi ini merupakan permulaan yang baik buat saya belajar memasuki alam bloger.
Kepada kekawan yang sudi membantu saya. sangat-sangat saya harapkan.