Tuesday, June 29, 2010

Berkongsi Pandangan


Saya sebenarnya tak tahu nak mulakan artikel ini dengan ayat apa?

Tapi kalau boleh nak jugak berkongsi pandangan dengan semua pembaca di blog ini mengenai Sihir.

Sihir nie sebenarnya telah lama diamalkan sejak dari dahulu lagi. Tujuannya hanyalah mendapatkan kepuasan diri di mana hajatnya dapat tertunai walaupun ianya jelas melanggar syariat dari Allah SWT.

Sihir adalah sejenis amalan yang menggunakan makhluk lain selain dari manusia (Jin atau Syaitan) bagi melaksanakan sesuatu tugasan/hajat seseorang itu. Amalan Sihir ini jelas merupakan amalan yang dikutuk oleh agama Islam kerana ianya menyekutukan kuasa Allah SWT dengan memohon bantuan selain dari Tuhan Sekalian Alam. Ini adalah salah satu dosa besar yang tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT dan pelaku dosa ini akan diseksa dengan azab yang pedih diakhirat kelak.

Mungkin di dunia pelaku dosa ini pada awalnya tidak merasaikan pembalasan dari dosa yang telah dilakukannya tetapi apabila tiba masa Sakaratul Mautnya tiba, disitulah bermulanya gambaran azab yang akan ditempuhinya selepas itu.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua agar jauhilah amalan kita yang menyerupai amalan SIHIR ini kerana sesungguhnya hanya Allah SWT sahajalah yang layak untuk kita meminta bantuan dan memohon pertolongan dari segala hajat yang kita kehendaki.

Thursday, June 10, 2010

Hari Pertama bertugas selepas panjang bercuti


Hari ini (9hb Jun 2010-Rabu) merupakan hari pertama saya bertugas kembali setelah panjang bercuti kerana masalah kaki dan mata (hu..hu..hu.. lepas sakit kaki terus sakit mata lak pulak).


Doktor bagi MC 7 hari sbb takut berjangkit dengan kawan kat ofis pulak. Nasib, nasib....


Pening jugaklah sbb dah lama tak masuk ofis bermula 19hb April lagi (hampir 2 bulan lah). Tak tahu nak mula kerja yang mana satu dulu. Nasib baik hari pertama terus masuk mesyuarat berkaitan operasi utama LZS dari pagi sampai petang.. Dapatlah sikit information perjalanan organisasi sepanjang saya "kena cuti" tu...


Minggu depan nampaknya bermulalah kerja rutin yang memeningkan kepala setiap hari kena buat. Apa boleh buat, dah lama sangat bercuti........

Tuesday, June 1, 2010

Hari Keluarga LZS 2010 di Tiara Beach Resort PD




Minggu lepas 29hb-30hb Mei yang lepas, saya sekeluarga berkesempatan bersama semua keluarga warga LZS(MAIS) menyambut Hari Keluarga LZS(MAIS) yang diadakan di Tiara Beach Resort , Port Dickson Negeri Sembilan.

Tak sangka, sudah hampir 15 tahun berkhidmat di institusi zakat di Selangor nie (semenjak tahun 1996), semakin ramai warga kerja LZS(MAIS) bermula dari 15 orang sahaja dan sehingga kini hampir 300 orgn semuanya. Itu pun tak termasuk beberapa kakitangan yang 'Projek Asnaf ' yang miungkin mencecah hampir 450 org semuanya.

Begitu meriah sekali aktiviti yang dianjurkan oleh jawatankuasa penganjur melibatkan penglibatan anak-anak,pasangan dan warga kerja LZS semuanya.Seronok lihat anak-anak bergembira bermain sukaneka dan bermandi-manda di kolam renang.



Monday, April 5, 2010

Hampir Setahun tak menulis di Blog

Hari ini merupakan hari percubaan menulis artikel di blog yang dah hampir setahun tak bukak. Bukan apa cuma terlalu sibuk di pejabat dan rumah sehingga terlupa nak tulis cerita baru.

Kebetulan pula hari ini dah boleh bukak WIFI kat rumah baru.Sebab tu bolehlah tengok2 komputer dan bukak apa yang patut.Kemudian teringat pulak yang kita nie dah ada blog. Apa lagi cubalah bukak dan Alhamdulillah boleh pulak buka blog ini.

Sebab tu nak mulalah mengasah bakat nie...he..hee. hee.

Oklah dulu sebab dah terlalu malam nie. Esok nak bangun awal pagi sebelum kul 5.30 pagi sbb banyak perkara nak dibuat. Lain kali, adalah coretan baru yang hendak ditulis kat blog ini. Terlalu banyak yang nak dikongsi cerita bersama...

ok.bye..byee..

Wednesday, June 24, 2009

Majlis Perkahwinan Adik Perempuan Bongsu

Pada hari Ahad lepas (22hb Jun 2009), majlis perkahwinan adik perempuan bongsu saya, Nor Farhana binti Jamil dan pasangannya Mohd Azharuddin telah selamat diadakan di rumah emak di Seksyen 20 Shah Alam.

Majlis bermula seawal pukul 10.00 pagi dengan Majlis Khatam Quran dan seterusnya makan tengahari sehingga pukul 4.00 ptg dihadiri lebih seribu tetamu. Sampai tak cukup tangan melayan tetamu yang hadir.

Ketika rombongan pihak lelaki sampai lebih kurang pukul 2.00 ptg, makanan dah nak dekat habis. Kelam kabut jugaklah buat plan kontigensi. Lekas-lekas order lauk dan nasi dari restoran yang berdekatan untuk tampung lauk-pauk dan nasi yang dah nak dekat habis tu.

Alhamdulillah, walaupun agak terkejut jugak dengan TRAGEDI SEMENTARA iaitu tak cukup makanan, ianya dapat diatasi dengan baik dan segalanya CUKUP pada akhirnya. Semua tetamu dapat menjamah hidangan yang ada dengan baik walaupun terdapat beberapa lauk telah habis bagi tetamu yang datang agak lewat.

Monday, June 15, 2009

Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LZS 2008



Malam Sabtu lepas (12 hb Jun 2009), telah berlangsung malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LZS 2008 di Hotel Concorde Shah Alam.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang majlis berlangsung dan kebanyakkan rakan dapat hadir pada malam tersebut.

Majlis yang bermula tepat pukul 8.30 malam itu berakhir kira-kira pukul 10.30 malam dengan menyaksikan pelbagai aturcara sampingan seperti nasyid, persembahan multimedia (kenangan 15 tahun LZS(MAIS)dan Jasamu Dikenang.

Sebanyak 25 kategori anugerah telah disampaikan oleh VVIP yang hadir kepada kakitangan yang mendapat penghargaan dan anugerah cemerlang 2008.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah dan semoga penganugerahan ini menjadi momentum kemajuan dalam kerjaya masing-masing pada masa akan datang dan menjadi tauladan kepada rakan-rakan yang lain.

Wednesday, June 3, 2009

Coretan Ringkas



Semalam tak datang kerja sebab anak saya (Angah) sakit perut. Malam Rabu dia mengadu sakit perut dan tak mahu makan. Lepas Isyak terus hantar ke Klinik.


Doktor periksa, rupanya perutnya kembung. Dah banyak masuk angin. Mungkin sebab dia tak makan secara teratur kot. Itu kata doktorlah. Doktor terus bagi dia makan ubat kembung kat situ juga. Doktor suruh dia rehat malam nie.


Esoknya (Hari Rabu) pagi-pagi lagi dah kena bagi makan ubat kembung, sbb doktor kata suruh dia rehat. Lepas makan terus tidur. Lama jugalah sampai saya pun ikut serta. (he...he..he..).


Itu sebab tak dapat datang kerja semalam. Terpaksa ambil EL dengan wife sekali tak dapat kerja semalam.


Hari nie pula, my baby (Haikal) awal pagi (4 pagi) dah bangun sebab dia batuk. Kemudian terus muntah kat atas katil. Berjaga pagilah hari nie. My wife cuci cadar katil dan saya tidurkan my baby selepas bagi dia makan ubat batuk . Dah dekat Subuh baru dia nak tidur. Kesian dia tapi badannya tak panas cuma batuk ajer.


Harap-harap dia sihatlah sebab semasa bagi pengasuh pagi tadi sebelum keluar ke tempat kerja terpaksa kejutkannya sebab nak tukar baju dan bagi dia minum susu.