Tuesday, June 29, 2010

Berkongsi Pandangan


Saya sebenarnya tak tahu nak mulakan artikel ini dengan ayat apa?

Tapi kalau boleh nak jugak berkongsi pandangan dengan semua pembaca di blog ini mengenai Sihir.

Sihir nie sebenarnya telah lama diamalkan sejak dari dahulu lagi. Tujuannya hanyalah mendapatkan kepuasan diri di mana hajatnya dapat tertunai walaupun ianya jelas melanggar syariat dari Allah SWT.

Sihir adalah sejenis amalan yang menggunakan makhluk lain selain dari manusia (Jin atau Syaitan) bagi melaksanakan sesuatu tugasan/hajat seseorang itu. Amalan Sihir ini jelas merupakan amalan yang dikutuk oleh agama Islam kerana ianya menyekutukan kuasa Allah SWT dengan memohon bantuan selain dari Tuhan Sekalian Alam. Ini adalah salah satu dosa besar yang tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT dan pelaku dosa ini akan diseksa dengan azab yang pedih diakhirat kelak.

Mungkin di dunia pelaku dosa ini pada awalnya tidak merasaikan pembalasan dari dosa yang telah dilakukannya tetapi apabila tiba masa Sakaratul Mautnya tiba, disitulah bermulanya gambaran azab yang akan ditempuhinya selepas itu.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua agar jauhilah amalan kita yang menyerupai amalan SIHIR ini kerana sesungguhnya hanya Allah SWT sahajalah yang layak untuk kita meminta bantuan dan memohon pertolongan dari segala hajat yang kita kehendaki.

No comments:

Post a Comment